Selamat Datang Ke Blog Rasmi INI KISAH SI BUDAK HAFIZ BUNCIT Pada Kawan2 Yang Berkunjung Or Terlalu Kat Sini.. Sila Lah Follow Shye yek!!!

Mereka Follow Shaye..Anda??

Saturday, August 6, 2011

Bila Cakap Tentang Bulan Ramadhan



beep beep ! beep beep ! assalamualaikum semua . hari ni agak
rajin En. Muncit berceloteh di belog kesayangan beliau .

hahah . mana taknya . tgh2 kebuhsanan ni taktau nk wat pe .huu
alhamdulillah . hari ni genap 6 hari seluruh umat islam dan aku berpuasa.
syukur kehadrat ilahi kerana memberi aku peluang utk merasai kenikmatan
di bulan ramdhan ini .

agak2 korang . ape yg korang paham bila aku ckp ttg bulan ramadhan ?
menahan diri dari lapar dan dahaga ? mengawal nafsu ? berpuasa selama
sebulan ? juadah yang di jual di bazar bermacam2 ? sebulan lagi nak raya ?
bulan yg merupakan syurga makanan ? atau bulan melakukan amal ibadat ? hah !
agak2 korang yg mane satu ?
untuk entry kali ni . aku just nk berkongsi adat2 ketika berpuasa dan
ketika menunaikan solat terawih .
setiap manusia mempunyai pelbagai pendapat yg tersendiri .
termasuk aku . aku rasa bertuah sgt sebab dpt merasai sekali lagi
kenikmatan bulan ramadhan. aku tak tahu samada tahun dpn aku masih
boleh merasa kenikmatan ini ataupun tidak . so aku nk kongsikn

dgn kawan2 semua ttg adab2 ketika berpuasa dan solat terawih .




jangan jadi seperti ini ..

Adab ketika bepuasa.

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

5. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

6. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

jgn tertidur ketika terawih

Adab ketika solat terawih

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)



nota untuk GULAHATI : harini awak dh berjaya dh berpuasa . yela selama ni awak ABC kn2. buka puasa
makan ape je td ? banyak tak? kompem penuh ruang makan tu kan2.. 1st time berbuka la katekan..hehe.
alhamdulillah. sy hepy tgk awak hpy sayang . hope lepas ni boleh berbuka dgn awak tau . i will wait 4 that time k. =)

moga2 tips ini berguna utk aku n korang semua. aku tidaklah sesempurna mana
tapi aku manusia yg mempunyai bnyk kelemah dan aku cube utk mempertingkatkn
kelemahan aku . so aku sekadar berkongsi apa yg aku baca n apa yg aku tahu.
hope tips ini boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat .
okla . insya allah lepas ni aku akan update entry yg terbaru . al maklum lah
tgh rajin sekarang ni kan.
ape2 pon aku ucapakn selamat berpuasa kepada korang semua
assalamualaikum =)

2 comments:

syakirah samat said...

waaaahhhh . tertidur time teraweh dah menjadi kebiasaaan . lebih2 lagi bile time tazkirah . amik masa . hehehhee..

thanks singgah . salam kenal

En. Muncit said...

hahaah ! mcm biasa buat je ni..
patut d elakkn tu..hehe
ni msti sbb kenyang gler bile berbuke kan2 ? =)