Selamat Datang Ke Blog Rasmi INI KISAH SI BUDAK HAFIZ BUNCIT Pada Kawan2 Yang Berkunjung Or Terlalu Kat Sini.. Sila Lah Follow Shye yek!!!

Mereka Follow Shaye..Anda??

Wednesday, April 20, 2011

20 Tips Displin Dalam Pembelajaran =)

Assalamualaikum!
hari ni aku nk bagi cikit tips2 yang
berguna ntuk belajar(spttnye tips exam! xpela...ahah)
yela..ramai kawn2 kite l!sibuk nk hadapi exam termasuk aku sndiri..
so pada kawan2..kalo leyh amalkn tip2 ni..amalkan la..
semoga kite semua akn berjaye!insya ALLAH!
selamat membaca dan selamat mengamaL!!

  1. Jadual Belajar – Seharusnya ada 2 jadual belajar iaitu jadual pembelajaran bagi menghabiskan sukatan dan jadual belajar harian. Kegunaan jadual belajar adalah untuk mendorong motivasi belajar di samping pembelajaran tersusun secara lebih sistematik. Namun begitu, jikalau ada jadual sahaja tidak berguna jika tidak dipatuhi. Oleh itu, dispilin diri teramat penting.
  2. Disiplin Diri – Disiplin diri teramat penting bagi menjamin kejayaan seseorang dalam pembelajaran tanpa disiplin diri peratusan untuk cemerlang dan gemilang dalam pelajaran adalah kurang. Disiplin asas kejayaan. Namun begitu, selalunya kita amat sukar mengawal disiplin diri. Atasilah masalah ini dengan memotivasi diri sendiri melalui tumpuan kepada matlamat kehidupan, renung kehidupan keluarga anda, semangatkan cita-cita anda dan sebagainya.
  3. Motivasi Belajar – Motivasi belajar berkait rapat dengan disiplin diri. Di samping pengaruh pelbagai faktor seperti masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini jumpalah kaunselor.
  4. Teknik Menjawab Peperiksaan – Hal ini penting bagi kita mengetahui cara yang terbaik untuk menjawab kertas peperiksaan. Kadang-kala jawapan kita menjadi salah atau kita lambat menjawab akibat kekurangan pengetahuan dalam teknik menjawab soalan. Anda seharusnya hadir dalam setiap seminar teknik menjawab soalan yang diadakan oleh pihak sekolah atau guru mata pelajaran anda.
  5. Latih Tubi Menjawab Soalan Peperiksaan Tahun–Tahun Lepas – Kaedah ini amat penting untuk mendedahkan kita berhubung corak soalan dan tahap kesusahan soalan sebenar. Bonus untuk anda kalau ada soalan berulang. Buku–buku soalan peperiksaan tahun–tahun lepas boleh dibeli atau dapatkan di perpustakaan sekolah anda.
  6. Buku Teks Dan Buku Rujukan – Kedua-dua perkara tersebut adalah penting sebagai sumber ilmu pengetahuan kita. Tambahan pula bagi sesetengah mata pelajaran, skema pemarkahan yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah bertepatan dengan buku teks. Maka, anda seharusnya sentiasa merujuk kepada buku-buku tersebut. Bertindak sekarang.
  7. Tumpuan Semasa Guru Mengajar – Tumpuan semasa guru mengajar sangat penting bagi menjamin kita memahami topik pembelajaran. Jikalau anda tidak faham semasa guru mengajar, beranikan diri dan yakin diri untuk bertanya. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya anda susuli pengajaran seseorang guru itu dengan membuat latihan serta ulangkaji berkaitan pembelajaran tersebut.
  8. Baca Dahulu Topik-Topik Pelajaran Sebelum Guru Mengajarnya Di Kelas – Sebaik mungkin anda sepatutnya mempelajari dahulu satu-satu topik pembelajaran sebelum guru mengajarnya di kelas. Kebaikannya ialah sewaktu guru mengajar kelak anda akan senang memahami topik tersebut dan memudahkan anda untuk bertanya perkara yang anda tidak faham.
  9. Masalah Mengantuk Semasa Belajar – Adakah anda tergolong dalam golongan yang mengantuk ketika baru mentelaah pelajaran? Kalau ya maka, anda perlu membuat senaman ringan, belajar di tempat yang terang pencahayaannya, membasuh muka dan membasahkan kepala. Jikalau tidak berkesan anda bolehlah tidur sekejap antara 10-20 minit.
  10. Jangan Amalkan Budaya Menangguh – Budaya menangguh akan menyebabkan pembelajaran kita tertangguh. Akhirnya kita ketinggalan lalu wujud perasaan malas dan bosan. Disiplinkanlah diri anda untuk masa depan yang lebih baik.
  11. Budaya Malu Bertanya – Sekiranya anda seorang yang malu bertanya tentang pelajaran yang anda tidak fahami. Maka, anda haruslah membuang tabiat tersebut dengan bertanya kepada kawan yang lebih pandai terlebih dahulu.
  12. Daya Ingatan Lemah – Jika daya ingatan anda lemah. Maka, bacalah berulang-ulang sehingga ingat dengan cara membuat nota ringkas, carta aliran, peta minda dan seumpamanya.
  13. Nota Ringkas – Nota ringkas adalah isi-isi penting pembelajaran yang telah anda fahami. Ia boleh membantu anda mengingat fakta pembelajaran dan mempercepatkan pembelajaran anda.
  14. Masalah Peribadi Dan Keluarga – Kedua–dua masalah tersebut boleh menjejaskan pencapaian kita dalam akademik. Oleh itu, carilah penyelesaian terbaik untuk mengatasinya. Anda boleh berjumpa kaunselor atau minta pendapat kawan-kawan atau berbincang dengan pihak keluarga.
  15. Memilih Kawan – Tindakan anda bijak sekiranya anda memilih kawan yang rajin belajar dan pandai walaupun anda sederhana dalam pembelajaran tetapi kawan-kawan anda dapat membantu anda dan memotivasi diri anda.
  16. Membuat Target Keputusan Peperiksaan – Anda seharusnya mempunyai target keputusan peperiksaan yang akan anda hadapi. Ia bertujuan mendorong anda berusaha gigih untuk mencapainya.
  17. Study Smart Dan Study Hard – Kedua–dua prinsip pembelajaran ini seharusnya menjadi tradisi pegangan hidup anda sekiranya anda ingin mencapai keputusan yang cemerlang.
  18. Masalah Benci Guru Mata Pelajaran Dan Benci Mata Pelajaran – Jika anda mengalami situasi ini maka, usahakan supaya anda tidak terus terjerumus dalam situasi seperti ini. Ia akan mengundang kegagalan dalam hidup anda nanti dan akhirnya anda yang akan menanggung kerugian.
  19. Kesesuaian Masa Belajar Dengan Mata Pelajaran Yang Hendak Dipelajari – Sesuaikan keadaan persekitaran dan minda anda dengan mata pelajaran. Sekiranya anda dalam keadaan agak mengantuk pelajarilah mata pelajaran yang melibatkan proses kira–mengira dan sebaliknya.
  20. Berdisiplin, berusaha, berdoa dan bertawakkal adalah kunci kejayaan anda. Oleh itu DISIPLIN merupakan tonggak kejayaan hidup kita.


Hafiz Razak

6 comments:

Leeya Haniff said...

Alhamdulilah. akan beramal dengan tips dari Professor Muncit nii. heheehhe :P

En. Muncit said...

LH: alhamdulillah!..ehehh... professor yek?insya Allah..jom la..i akan bg lagi tips2 yg berguna..nak2 mengenai cara2 menghilangkn kegelian terhadap katak..ahhaha

Leeya Haniff said...

i yee ? okey okey okey. semoga berjayaaa :)

En. Muncit said...

hehehe..insya allah berjaya.
erk.npe?nk bhsekn diri ape yek?
syg ke?haahhhaha..
gurau2 jeee!ehehe

Leeya Haniff said...

hahahaha ! sayang ? nanti wife kamu marah kang! tak pasal2 je kne kejar dgn penyapu! heeeee. gurau je :P

En. Muncit said...

hak2..ape de hal...
bkn selalu kn2..
lg i single lg 3..
ahahah..die xle la nk mara2..
ahaaahah =p